PERODUA MYVI BARU

Perodua Myvi Baru adalah generasi ketiga telah diperkenalkan pada 16/11/2017. Model ini merupakan 100% rekaan dari jurutera Perodua sendiri dan bukan dari mana-mana salinan dari model Toyota atau Daihatsu. Jika model Myvi terdahulu dalam kategori “compact car’, tapi kini Myvi generasi ketiga merupakan kereta dari kategori ‘hacthback’. Myvi baru ini 210mm lebih panjang, 70mm lebih lebar dan 55mm lebih rendah berbanding model generasi terdahulu. Jarak antara roda pula bertambah sebanyak 40mm. Ini menjadikan Perodua Myvi generasi ketiga ini nampak lebih ‘sporty dan ‘elegance’.

Ruang dalaman Perodua Myvi Baru ini lebih selesa dan standard premium. Rekabentuk ‘dashboard’ yang lebih moden dan berjaya. Penggunaan cemin hadapan akustik (Acoutic Windshield) menjadikan ruang kabin lebih senyap. Kesemua model Myvi Baru ini diberi ciri standard iaitu sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin. Sistem penghawa dingin digital dengan 2 mode memori. Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40 memberi ruang yang lebih besar mengisi barang. Ruang bonet 277 liter lebih 69 liter lebih luas daripada Myvi lama. Konfigurasi tempat duduk 8+1 mempelbagaikan penggunaan ruang dalaman.

Bukan sahaja rekabentuk baru dipertingkatkan malah aspek keselamatan disuntikkan dengan teknologi lebih baik untuk Perodua Myvi Baru ini. Kesemua varian dilengkapi dengan sistem brek ABS dan EBD serta dilengkapi dengan sistem Kawalan kestabilan Kenderaaan (VSC)Satu lagi sistem kelengkapan keseluruhan yang hanya ada pada varian 1.5 Advance iaitu Advance Safety Assist (A.S.A)Sistem A.S.A terdiri 4 sistem berbeza iaitu Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Breaking (PCB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC).

 

Myvi 1.3L diberikan enjin 1NR-VE 94hp pada takat 6000 rpm dan tork maksima 121 Nm pada takat 4000 rpm.

Manakala Myvi 1.5L diberikan enjin 3SZ-VE 102hp pada takat 6000 rpm dan tork maksima 136 Nm pada takat 4200 rpm.

SENARAI HARGA PERODUA MYVI BARU