PERODUA BEZZA

Perodua telah melancarkan Perodua Bezza Facelift 2020 pada 08/01/2020.

Perubahan Perodua Bezza kali ini dibuat begitu ketara bahagian hadapan seperti jenis LED yang lebih nipis dan tajam yang lebih sporty dan elegan. Dipadankan lagi grill hadapan dan bumper yang baharu.

Ketiga-tiga varian G, X dan AV kini dilengkapi side skirting dwi-tona warna yang lebih kemas. Bumper belakang juga diberi nafas baru dengan kemasan refektor dan difuser yang lebih besar

Sport Rim bagi model X dan AV dengan warna dwi-tona warna 15 inci menampakan Perodua Bezza lebih segak dan bergaya.

Perodua Bezza Facelift 2020 menawarkan dua warna baharu iaitu Garnet Red untuk 1.3L dan Granite Grey untuk kedua-dua varian.

Warna-warna lain masih dikekalkan seperti ivory white (putih), Glittering Silver (perak), Ocean Blue (Biru) dan Sugar Brown (Coklat)

SENARAI HARGA PERODUA BEZZA