PERODUA AXIA BARU

Perodua Axia Baru merupakan sebuah kereta yang sesuai digunakan oleh semua lapisan umur kerana ia mudah dipandu dan sesuai untuk perjalanan jarak dekat. Model ‘facelift terbaru telah dilancarkan pada 20/09/2019.

Perodua Axia Baru ini juga sesuai untuk golongan muda yang baru mula masuk alam pekerjaan dan sebagai kereta kedua untuk mereka yang sudah berkeluarga.

Sebuah kereta Perodua yang mampu milik dengan harga atas jalan serendah RM25,024.11.

Model Perodua Axia baru kini menggunakan enjin baru EEV 1.0 VVT-i, penjimatan minyak sehingga 22.5km/l.

Ruang dalaman yang lebih selesa dengan ruang kaki untuk penumpang belakang yang luas. Penumpang tetap berasa selesa walaupun dalam perjalanan jauh.

Perodua Axia baru ini sangat mudah membuat pusingan ‘U’ kerana ‘turning redius’ hanya 4.5m. Sangat mudah untuk ‘parking atau membuat pusingan ‘U’ di jalan yang agak kecil.

Bagi model SE dan Advance dilengkapi dengan ‘Push Start/Stop Button With Smart Entry System’.

Bonet belakang dilengkapi ‘Back Door Handle’ bagi memudahkan mengambil barang.

SENARAI HARGA PERODUA AXIA BARU